Categories
NASIONAL

Palestin-Israel lancar gencatan senjata baru

GAZA, 11 OGOS: Israel dan Palestin masing-masing sudah memulakan gencatan senjata baru selama 72 jam seperti yang dicadangkan kerajaan Mesir, lapor Reuters.

Seorang pegawai kanan kerajaan Israel berkata, pada 10 Ogos lalu perundingnya akan kembali ke Kaherah untuk menyambung semula rundingan tidak langsung bersama Palestin jika gencatan senjata baru diadakan.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri pula berkata, rundingan baru itu akan menjadi ‘peluang terakhir’ untuk sesuatu perjanjian.

gaza1Terdahulu kedua-dua pihak gagal mencapai kesepakatan untuk memanjangkan gencatan senjata selama tiga hari sebelumnya hingga menyebabkan serangan terbabit disambung semula.

Ekoran itu, Kementerian Luar Mesir menggesa kedua-dua pihak untuk mengeksploitasi gencatan senjata berkenaan bagi menyambung semula rundingan tidak langsung dengan segera dan berusaha ke arah perjanjian gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan.

Gencatan senjata terbaru itu mendapat perhatian Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang turut menggesa kedua-dua pihak untuk mengelakkan sebarang langkah yang akan membawa kembali kepada keganasan.

Ban mempunyai harapan tinggi bahawa gencatan senjata terbaru itu mungkin membawa kepada ‘gencatan senjata tahan lama’ untuk faedah semua penduduk awam dan sebagai titik permulaan bagi menangani rasa tidak puas hati yang mendasari kedua-dua pihak.

gaza1Serangan udara Israel pada 10 Ogos lalu, membunuh sembilan rakyat Palestin di Gaza termasuk seorang budak lelaki berumur 14 tahun dan seorang wanita sejak gencatan senjata pertama berakhir.

Serangan yang berlaku selama sebulan itu tmembunuh seramai 1,910 rakyat Palestin dan 67 rakyat Israel, manakala kawasan luas turut padat dengan penduduk Gaza.

Kejadian yang menyebabkan kerugian besar di kalangan orang awam dan memusnahkan beribu rumah di Gaza mendapat kecaman antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.