Categories
NASIONAL

Palestin-Israel lancar gencatan senjata baru

GAZA, 11 OGOS: Israel dan Palestin masing-masing sudah memulakan gencatan senjata baru selama 72 jam seperti yang dicadangkan kerajaan Mesir, lapor Reuters.

Seorang pegawai kanan kerajaan Israel berkata, pada 10 Ogos lalu perundingnya akan kembali ke Kaherah untuk menyambung semula rundingan tidak langsung bersama Palestin jika gencatan senjata baru diadakan.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri pula berkata, rundingan baru itu akan menjadi ‘peluang terakhir’ untuk sesuatu perjanjian.

gaza1Terdahulu kedua-dua pihak gagal mencapai kesepakatan untuk memanjangkan gencatan senjata selama tiga hari sebelumnya hingga menyebabkan serangan terbabit disambung semula.

Ekoran itu, Kementerian Luar Mesir menggesa kedua-dua pihak untuk mengeksploitasi gencatan senjata berkenaan bagi menyambung semula rundingan tidak langsung dengan segera dan berusaha ke arah perjanjian gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan.

Gencatan senjata terbaru itu mendapat perhatian Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang turut menggesa kedua-dua pihak untuk mengelakkan sebarang langkah yang akan membawa kembali kepada keganasan.

Ban mempunyai harapan tinggi bahawa gencatan senjata terbaru itu mungkin membawa kepada ‘gencatan senjata tahan lama’ untuk faedah semua penduduk awam dan sebagai titik permulaan bagi menangani rasa tidak puas hati yang mendasari kedua-dua pihak.

gaza1Serangan udara Israel pada 10 Ogos lalu, membunuh sembilan rakyat Palestin di Gaza termasuk seorang budak lelaki berumur 14 tahun dan seorang wanita sejak gencatan senjata pertama berakhir.

Serangan yang berlaku selama sebulan itu tmembunuh seramai 1,910 rakyat Palestin dan 67 rakyat Israel, manakala kawasan luas turut padat dengan penduduk Gaza.

Kejadian yang menyebabkan kerugian besar di kalangan orang awam dan memusnahkan beribu rumah di Gaza mendapat kecaman antarabangsa.

Categories
NASIONAL

Gaza kembali diserang selepas gencatan senjata 72 jam tamat

GAZA, 9 OGOS: Tentera Israel kembali melancarkan serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza selepas rundingan antara Mesir dan pengantara gagal mencapai kesepakatan untuk melanjutkan gencatan senjata selama 72 jam, lapor Reuters.

Ekoran serangan terbaru itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menjadi korban pertama terhadap keganasan Israel berhampiran sebuah masjid di Gaza City.

Sementara itu, seorang ahli Jihad Islam dan tiga rakyat Palestin yang lain turut terbunuh dalam serangan udara di selatan Semenanjung Gaza.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CitySeorang pegawai kerajaan Israel dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan berunding dengan rakyat Palestin ketika militan terus melepaskan peluru berpandu.

Ketika siren amaran dibunyikan di selatan Israel, tentera zionis itu mendakwa “pengganas Gaza” sudah melepaskan sekurang-kurangnya 57 roket dan sistem pemintas “Iron Dome” digunakan terhadap sebahagian daripada mereka, pada 8 Ogos lalu.

Pihaknya juga menuduh Hamas melanggar gencatan senjata itu dan beberapa roket dilancarkan kira-kira empat jam sebelum gencatan senjata itu berakhir.

Dengan meneruskan serangan, tentera Gaza akan cuba memberi tekanan kepada Israel dan menjelaskan mereka bersedia untuk berjuang bagi menamatkan sekatan wilayah laut yang dikenakan Israel dan Mesir.

gaza-photoKorban awam yang tinggi dan kemusnahan ketika kempen serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza dibangkitkan pihak antarabangsa sejak beberapa bulan lalu, namun usaha untuk memanjangkan gencatan senjata di Kaherah gagal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam satu kenyataan berkata, beliau amat kecewa lanjutan gencatan senjata itu tidak dapat dipersetujui dan mengecam sekeras-keraasnya serangan roket terbaru Israel.

Di Gaza, beberapa keluarga yang kembali ke rumah masing-masing di bandar utara Beit Hanoun ketika gencatan senjata itu berlaku kini mula mengumpul semula barang mereka dan pulang ke tempat perlindungan PBB yang didiami sejak beberapa minggu lalu.

Dilaporkan serangan berkenaan mengorbankan 1,880 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah orang awam, manakala hanya 64 anggota tentera dan tiga orang awam dari Israel terbunuh dalam pertempuran yang bermula, pada 8 Julai lalu.

Categories
NASIONAL

Israel, Hamas setuju genjatan senjata 72 jam

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 OGOS: Israel dan Hamas dijangka mempersetujui genjatan senjata selama tiga hari selepas cadangan itu dikemukakan Mesir, bermula hari ini.

Pegawai Gaza berkata, pertempuran itu meragut nyawa 1,834 rakyat Palestin yang kebanyakan orang awam, manakala Israel seramai 64 anggota tentera dan tiga orang awam, sejak ia bermula pada 8 Julai lalu.

Selain kehilangan nyawa, ia menyebabkan kemelesetan ekonomi Palestin dan Israel.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityGaza berhadapan jumlah yang besar untuk membina semula infrastruktur, manakala Israel kehilangan beratus juta dolar dalam pelancongan, industri lain dan keseluruhan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.

Jurucakap Perdana Menteri Israel, Mark Regev, berkata Israel akan menghormati genjatan senjata seperti yang dipersetujui dalam rundingan melalui Mesir.

“Jika Hamas melanggar perjanjian genjatan senjata, Israel bersedia untuk bertindak balas.

“Israel bersetuju syarat yang ditetapkan Mesir dan berharap genjatan senjata dapat bertahan lama dan memberi kebaikan kepada semua orang”, Kata Regev dipetik dari Reuters.

Kumpulan Palestin dan Hamas kini berada di Kaherah bertemu Ketua Perisikan Mesir untuk menamatkan keganasan di Gaza yang meragut nyawa lebih satu perempat dari 1.8 juta penduduk dan 3,000 rumah juga musnah.

gaza3Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata kumpulan Islam sudah memaklumkan Mesir”menerima tempoh 72 jam tenang bermula pada hari ini.

Israel juga dijangkakan menghantar beberapa wakil menyertai rundingan di Kaherah dalam perjanjian memanjangkan tempoh gencatan senjata.

Regev berkata, mereka bersetuju untuk memulakan pelaksanaan inisiatif Mesir, jika gencatan senjata tidak memerlukan kehadiran tentera di Semenanjung Gaza.

Sejak pertempuran bermula, beberapa percubaan damai dilakukan tetapi tiada persetujuan daripada kedua belah pihak, namun kali ini hasil inisiatif Mesir dapat terlaksana jika mereka boleh berunding perjanjian secara damai dalam jangkamasa panjang.

 

 

Categories
SELANGOR

Israel laksana genjatan senjata 7 jam hari ini

SHAH ALAM, 4 OGOS: Israel akan menghentikan serangan pada kebanyakan tempat di Semenanjung Gaza bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan membenarkan ratusan rakyat Palestin yang menghadapi perang empat minggu itu kembali ke rumah masing-masing, hari ini.

Pengumuman yang dibuat pertama kali kepada media Palestin itu disambut meragukan oleh Hamas kerana dilaksanakan selepas bantahan keras Washington terhadap serangan Israel di tempat perlindungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengorbankan 10 nyawa, semalam.

gaza1“Jika gencatan senjata ini dicabul, tentera akan membalas tembakan ketika tempoh gencatan senjata ini,” kata seorang pegawainya, seperti dilaporkan Reuters.

Memetik Malaysia Kini, timur Rafah kini satu-satunya kawasan bandar yang masih kekal dengan kehadiran tentera dan kereta kebal yang ditarik balik atau dipindahkan ke sempadan Gaza pada hujung minggu.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata mereka tidak percaya dengan pengisytiharan sebelah pihak itu dan mendakwa hanya bertujuan mengalihkan pandangan daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityIsrael melancarkan serangan bermula 8 Julai lalu yang disasarkan daripada udara, laut dan serangan darat hingga ke bandar yang padat penduduk.

Pihak berkuasa Gaza berkata, sehingga kini 1,788 rakyat Palestin kebanyakannya orang awan terbunuh dan kira-kira 3,000 rumah mereka hancur.