Categories
NASIONAL

Pelabuhan Klang catat IPU tidak sihat cecah 114

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 6 OGOS: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 114 setakat jam 9 pagi, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat 19 kawasan lain mengalami bacaan sederhana.

Di Selangor, bacaan IPU menunjukkan empat kawasan dengan bacaan sederhana adalah Banting (53), Kuala Selangor (59), Petaling Jaya (58) dan Shah Alam (55).

Jerebu-Shah-AlamKawasan lain yang turut mengalami IPU sederhana adalah Wilayah Persekutuan membabitkan kawasan Batu Muda (65) dan Cheras (62), manakala Labuan dan Putrajaya kekal baik.

Selain itu, kawasam lain antaranya Kemaman (55), Alor Setar (53), Sungai Petani (63),Seri Manjung (69), manakala Ipoh, Taiping dan Tanjung Malim mencatatkan IPU 61.

Di Pulau Pinang, tiga kawasan mencatatkan IPU sederhana adalah Perai (58), Seberang Perai (64) dan Universiti Sains Malaysia (60).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.