Categories
SELANGOR

Pembenihan awan 2 kali sehari usaha tingkat paras empangan Selangor

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 14 OGOS : Kerajaan Negeri malalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan operasi pembenihan awan bagi meningkatkan paras empangan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, operasi itu menggunakan kaedah larutan garam (sodium chloride) dengan kekerapan dua kali setiap hari bermula 1 Ogos lepas di tadahan Empangan Sungai Selangor.

EmpanganBeliau berkata, jumlah hujan yang diterima sehingga hari ini adalah 181.65 mm.

” Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 69.52 mm yang diterima pada Jun dan 73.05 mm pada Julai.

“Langkah mitigasi juga terus dilakukan termasuk pengurangan kadar pelepasan air Empangan Sungai Selangor kepada 700 juta liter sehari (JLH) dan Empangan Sungai Tiggi kepada 500 JLH,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada Isnin lepas, petugas di kolam alternatif menerima laporan sabotaj pengepaman.

Walalaubagaimanapun, hasil pemantauan keadaan pam dalam keadaan terkawal dengan bantuan Polis dan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengadakan solat sunat Istisqa’ memohon hujan di kawasan empangan dalam waktu terdekat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.