Categories
SELANGOR

Petaling catat 270 kes denggi hingga 2 Ogos, tertinggi di Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 OGOS: Statistik kes daftar denggi di Selangor mencatatkan sedikit penurunan pada minggu ini berbanding beberapa minggu sebelumnya yang sering mencatatkan lebih 1,000 kes.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata hanya terdapat 740 kes denggi berdaftar dilaporkan melalui ujian makmal pada minggu lalu yang berakhir 2 Ogos.

Katanya, Daerah Petaling mencatatkan daftar kes tertinggi dengan 270 kes diikuti Hulu Langat (156), Gombak (148), Klang (134), Hulu Selangor (15), Kuala Selangor (7), Kuala Langat (6), Sabak Bernam (3) dan Sepang (1).

Gempur Aedes 02“Saya juga berterima kasih pada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang akhirnya bersetuju menghantar wakil bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

“Ini menunjukkan keseriusan dua belah pihak demi menjaga kepentingan rakyat dalam menangani wabak denggi ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau menghadiri mesyuarat mingguan berhubung denggi yang turut disertai Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim dan wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, hari ini.

Daroyah berkata, mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada lokasi tapak pembinaan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

daroyah aedes“Kita bercadang memberi taklimat kepada kepada pengurus projek pembinaan dan pekerja mereka yang kebanyakkannya warga asing.

“Taklimat dan risalah akan diedarkan dalam bahasa Bangladesh, Myanmar dan Vietnam demi memberi kefahaman berkenaan bahaya denggi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.