Categories
NASIONAL

Bekalan air akan dipotong jika gagal bayar bil tertunggak

SHAH ALAM, 5 OGOS: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sedang menjalankan operasi bil tertunggak bagi bulan Ogos kepada pengguna di Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Sepang dan Sabak Bernam.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred, berkata tindakan pemotongan akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan bil tertunggak dalam tempoh ini.

Miter_air_Syabas“Kita tidak potong terus. Sebaliknya tindakan pemotongan hanya akan dilakukan selepas tiga notis dikeluarkan dan pengguna tetap gagal menjelaskan bayaran,” katanya yang dipetik dari BERNAMA.

Katanya, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM35 masing-masing untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan jika tindakan sudah diambil.

Priscilla berkata, caj berkenaan adalah caj tetap perkhidmatan yang dikenakan SYABAS terhadap pengguna seperti diwartakan kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Pelanggan SYABAS iaitu PUSPEL di talian 1-800-88-5252 atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Leave a Reply

Your email address will not be published.