Categories
SELANGOR

Rakyat diseru Solat Minta Hujan di 7 empangan 5 September

SHAH ALAM 26 OGOS: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan Solat Istisqa’ di tujuh empangan di negeri ini, agar limpahan hujan diturunkan di semua kawasan empangan dan tadahan berkenaan.

Solat dan doa itu diadakan secara serentak di semua lokasi empangan termasuk dibuat secara kolektif di peringkat masjid di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 5 September depan, jam 9 pagi lapor Sinar Harian.

hujan1Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, masyarakat disaran mengambil sikap proaktif untuk melakukan istisqa’  di peringkat masing-masing sebagai tanda kebersamaan dengan agenda yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurutnya, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid akan mengimamkan solat istisqa’ di Empangan Sungai Selangor.

Beliau turut menyeru masyarakat Islam meluangkan masa bersama-sama menyertai solat istisqa’ di empangan yang berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.