Categories
NASIONAL

Rejim Zionis gagal hadapi tentangan hebat Hamas

GAZA, 8 OGOS: Sepanjang tempoh serangan di Gaza, sejak 8 Julai lalu, rejim Zionist dikatakan tidak mencapai sebarang matlamat ketenteraan.

Mereka sebaliknya hanya mewujudkan sentimen kebencian di kalangan penduduk dunia terhadap negara sendiri selepas ribuan penduduk awam di Gaza terbunuh.

10402800_814065061950497_8455085738996921569_nSeorang pengulas politik AS, Eugene Michael Jones berpendapat, Israel gagal dalam Operasi Persempadanan Semula yang pada awalnya dijadikan agenda utama.

“Mereka tidak mencapai matlamat, sebaliknya dikecam, dihina dan berhadapan dengan risiko sekatan ekonomi daripada negara luar,” katanya dalam wawancara semalam.

Jones berkata, rejim Tel Aviv hanya menggambarkan diri mereka sebagai individu paling kejam dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai kerana membunuh ratusan penduduk awam termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata selepas mengepung Genting Gaza.

“Ini adalah penghinaan terhadap mereka. Apa lagi yang ingin mereka lakukan lagi selepas gencatan senjata ini tamat. Kembali membunuh lebih ramai wanita dan kanak-kanak?” katanya.

Beliau berkata, pertubuhan badan dunia, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) turut menjejaskan reputasi mereka sendiri kerana hanya membisu dalam menghadapi kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.

“Apa yang dipertaruhkan di sini adalah kredibiliti organisasi di seluruh dunia seperti PBB dan ICC. Reputasi mereka jelas tercalar selepas gagal menghentikan serangan dan mengheret pesalah ke pengadilan,” katanya.

Sementara itu,  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengadakan sidang tidak rasmi eosk bagi mendengar taklimat oleh pegawai kanan PBB mengenai peperangan di Gaza.

Pejabat Presiden perhimpunan, John Ashe mengumumkan bahawa badan dunia dengan 193 anggota itu akan mengadakan pertemuan sebagai memenuhi permintaan daripada negara Arab.

Anggota PBB akan diberikan taklimat oleh ketua hak asasi manusia, Navi Pillay, ketua agensi bagi Pelarian Palestin, Pierre Krahenbuhl, timbalan ketua kemanusiaan, Kyung-wha Kang dan Penyelaras Khas bagi Proses Perdamaian Asia Barat, Robert Serry.

Majlis Keselamatan PBB itu menggesa agar diadakan gencatan senjata segera tanpa syarat demi kemanusiaan di Gaza.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.