Categories
SELANGOR

UNISEL rai kepelbagaian pendapat pemimpin

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 OGOS: Universiti Selangor (UNISEL) sekali lagi melangkah ke hadapan apabila julung kali menjemput wakil parti kerajaan dan pembangkang dalam sesi wacananya hari ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha itu bagi memberi peluang kepada pelajar meraikan kepelbagaian pendapat di kalangan pemimpin.

Katanya, dengan itu pelajar diberi kebebasan menilai pandangan dan tidak terperangkap dalam satu ‘lorong’ sahaja.

_MG_2581“Kita mahu tunjukkan kepada pelajar bahawa kita boleh berbeza pandangan tetapi ia harus dilakukan secara beradab, kita tunjukkan budaya positif kepada mereka.

“Insya Allah kita akan perluaskan lagi penganjuran sebegini bagi memberi ruang kepada pelajar membuat keputusan mereka,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, Halimah dijemput menjadi ahli panel wacana ‘Pendidikan Melahirkan Kepimpinan Masa Hadapan’ di Bangunan Satelit, UNISEL, di sini, hari ini.

Program wacana itu dikendalikan moderator, Prof Dr Mohd Nor Nawawi yang juga Dekan Pusat Pengajian Siswazah UNISEL dan turut disertai Ketua Pusat Kajian E-Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Supyan Hussin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

_MG_2472Sementara itu, Budiman dalam sidang media sama, berkata beliau turut berbesar hati diberi peluang berkongsi pandangan dengan pelajar.

“Pelajar boleh setuju atau tidak dengan pandangan diberikan, tiada paksaan ke atas mereka. Kita mahu memberi peluang kepada pelajar membuat penilaian sendiri,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.