Categories
SELANGOR

4 Exco PAS kabinet Selangor elak tumbang kepada Umno

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SERDANG 7 SEPT: Empat Exco PAS yang kini dalam kabinet Kerajaan Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah benteng terakhir untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat daripada tumbang kepada Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata pengekalan empat exco PAS ituadalah penting kerana ia adalah selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)“Kita tidak ada kerjasama dengan Umno, bahawasanya jika Umno masuk kita akan keluar,” kata Sallehen.

Beliau berkata demikian semasa Ijtimak PAS Selangor yang diadakan Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya Seri Kembangan.

“Walaupun Abdul Khalid kini Adun Bebas namun caranya masih lagi belum menjadi Adun bebas lagi, malahan mutakhir ini walaupun sudah pemerintahannya hendak berakhir namun masih semangat,” katanya.

Katanya walaupun empat Exco namun perjalana Kerajaan Selangor tetap terus berjalan dengan program dirancang berjalan baik.

Sallehen berkata apa yang berlaku pada Kerajaan Selangor hanya sedikit kocakan berbanding dengan pengalaman PAS sebelum ini yang pernah kehilangan kerajaan.

“Atas pengalaman pemimpin lalu yang pernah menempuh perjalanan panjang itu maka Presiden kita dan rakan-rakan lain bertenang dalam situasi dan tidak terus membuat kenyataan untuk kita tidak beri kerjasama kepada Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata pendukung Pakatan Rakyat perlu mengikut kaedah Fiqh yang mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

“Maka apabila kita diatur oleh jemaah maka kita berada di landasan yang betul untuk mendapat pertolongan daripada Allah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.