Categories
NASIONAL

Tinjauan: 84.22% setuju Abdul Khalid layak pulihkan MAS

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 SEPT: Seramai 1,719 iaitu 84.22 peratus pembaca portal Astro Awani memilih Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai individu yang layak memulihkan Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Setakat jam 3 petang, tinjauan menunjukkan seramai 1,719 memilih Abdul khalid, 162 iaitu 7.94 peratus berpendapat ‘mungkin’ dan 160 iaitu 7.84 peratus mengatakan tidak bagi soalan ‘Adakah anda fikir MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mampu memulihkan MAS?’.

Vote MASUndian berkenaan adalah tinjauan umum dijalankan selepas penganalisis penganalisis politik dari Univerisiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan Abdul Khalid merupakan calon terbaik untuk menerajui MAS bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu.

Sebelum ini, ‘polling’ itu meningkat daripada 840 pengundi kepada lebih 1,600 dalam dua jam menunjukkan peningkatan sokongan terhadap Abdul Khalid.

Semalam, Tawfik berkata perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.

Mohamad Tawfik turut memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.