Categories
SELANGOR

Abdul Khalid: “Puas hati pencapaian, mahu dikenang MB berintegriti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan tiada perkara lebih utama bagi Menteri Besar melainkan menjaga hak dan kepentingan rakyat yang dilaksanakan dengan berintegriti, amanah dan bertanggungjawab.

Kata Abdul Khalid, hal ini berikutan kejayaan hakiki sesebuah pentadbiran itu bergantung penuh kepada sikap ketua bertanggungjawab dan mampu menjaga amanah yang ada diberikan.

Solat Hajat Perdana rumah MB (103) a“Saya rasa yang penting adalah mereka yang akan menerima saya sebagai seorang yang menjalankan tugas yang penuh amanah dan bertanggungjawab tidak kira sama ada berkerja sebagai  pentadbir, sebagai seorang yang menjalankan pengurusan pelaburan atau menjadi pentadbir sebagai seorang Menteri Besar.

” Kesemua tanggungjawab ini saya ingin lakukan dengan penuh amanah, berintregiriti dan hasilnya saya akan buat dengan sebaik yang saya boleh.

“Jadi, yang saya diingatkan ialah supaya saya dianggap sebagai seorang yang mencuba melakukan yang benar dan yang baik, bukan untuk kepentingan diri tetapi kepentingan ummah dan rakyat,” kata Abdul Khalid dalam wawancara khas sempena ulang tahun kemerdekaan di Pejabat Menteri Besar, Jumaat lalu.

Kata Abdul Khalid lagi, seseorang pemimpin itu juga tidak wajar memberikan sebarang alasan sekiranya gagal melaksanakan sesuatu visi walaupun terdapat kekangan tertentu yang menyumbang kepada kegagalan tersebut.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian yang saya lakukan. Sudah tentulah saya tidak boleh mengungkit tentang perkara yang saya tidak boleh lakukan. Adalah lebih baik, apabila kita sudah lakukan barulah kita boleh menyatakan itu pencapaian kita.

“Saya rasa adalah satu perkara yang tidak betul kalau kita kata tak boleh buat ini kerana sekatan-sekatan itu. Ini tak betul sebab saya sudah diberi peluang dan peluang itu sudah saya lakukan dan saya berharap dengan peluang ini, saya sudah lakukan dengan terbaik kepada rakyat Selangor,” kata Abdul Khalid lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.