Categories
NASIONAL

Mahasiswa kutuk tindakan Kerajaan Umno-BN terus salah guna Akta Hasutan

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: Mahasiswa Keadilan mengutuk tindakan Kerajaan Umno-BN yang mensabitkan pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom dengan Akta Hasutan berkenaan pandangan peribadi ke atas isu Menteri Besar Selangor.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata hal ini mendorong kepada satu situasi politik tidak sihat dan jumud.

mansuh aktaKatanya, Akta Hasutan sebuah akta menindas rakyat dan sebagai medium akhir untuk menyekat kemaraan seteru politik tidak sehaluan kerajaan.

“Kita jelas pandangan Dr Azmi Sharom pandangan seseorang ahli akademik berkelas tinggi.

“Setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan seperti termaktub di dalam “Artikel 10” Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Prof Madya Dr Azmi Sharom jelas mengikut peruntukan Artikel 10 dan tidak menyalahi mana-mana perlembagaan negara.

Selain itu, pemimpin parti politik juga tidak berkecuali dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat disabitkan Akta Hasutan.

“Kerajaan pimpinan Najib Razak seharusnya menunaikan janji beliau ingin menghapuskan Akta Hasutan bertarikh pada 11 Julai 2012.

“Penerimaan rakyat disambut baik semua lapisan masyarakat pelbagai perbezaan ideologi politik sekiranya perjanjian ini dilaksanakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.