Categories
NASIONAL

Adam Adli dihukum penjara 12 bulan

KUALA LUMPUR 19 SEPT: Aktivis Mahasiswa, Adam Adli dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sebuah dewan, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah

adam adliDia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Latheefa Koya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.