Categories
NASIONAL

Badan Hak Asasi Antarabangsa: Siasat Anwar Akta Hasutan penganiayaan & bermotif politik

SHAH ALAM 24 SEPT: Pertubuhan Hak Asasi Antarabangsa, Amnesty International mahu Kerajaan menggugurkan siasatan Akta Akta Hasutan 1948 terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International, Rupert Abbott berkata, siasatan tersebut merupakan satu penganiayaan dan bermotifkan politik.

Forum ekonomi ummah Anwar di kediaman menteri besar (5)“Anwar Ibrahim menjadi sasaran pihak berkuasa selama lebih daripada satu dekad, dan ini nampaknya percubaan terbaru untuk menutup mulut dan mengganggu suara yang kritikal,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Amnesty, sekurang-kurangnya 15 individu termasuk aktivis, ahli politik pembangkang, wartawan, mahasiswa dan ahli akademik pada masa ini berdepan tuduhan di bawah Akta Hasutan dan boleh didenda atau dipenjara.

Tambahnya, sejak beberapa bulan lalu, pihak berkuasa meningkatkan penggunaan Akta Hasutan yang juga undang-undang era penjajah dengan mensasarkan individu yang mengkritik kerajaan.

“Akta Hasutan adalah ketinggalan zaman dan undang-undang yang menindas, di mana pihak berkuasa menyasarkan sesiapa yang menentang mereka yang berkuasa. Ia mesti dimansuhkan segera,” katanya.

Sebelum ini, polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang dilapor akan mengambil keterangan daripada Anwar di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada Jumaat ini berhubung ceramah beliau dalam satu perhimpunan pada Mac 2011.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.