Categories
SELANGOR

Bekalan air cukup hingga awal 2015

SHAH ALAM 7 SEPT: Kerajaan Selangor memberi jaminan bekalan air mencukupi hingga awal 2015 dan yakin tidak akan berlaku krisis bekalan air di Selangor dan Lembah Klang.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata berlaku peningkatan kadar air di empangan seluruh Selangor kerana sudah menerima kekerapan hujan yang tinggi kebelakangan ini.

air pahang“Kita boleh lihat sekarang ini kerap hujan dan ini boleh meningkatkan peratusan kadar empangan, kalau sudah 45 peratus pun sudah boleh kira selamat.

“Paras kolam takungan juga berada di tahap yang memuaskan dan ini boleh kita lihat permulaan yang baik untuk 2015,” kata Dr Yunus dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata situasi baik itu memberikan petanda bahawa tidak akan berlaku catuan air di lembah klang.

“Saya rasa kita boleh bertahan dan tidak mungkin akan ada catuan hingga hujung tahun, paras 45 peratus di empangan utama Selangor juga sudah boleh dikira selesa,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan angin dengan kelajuan perlahan bagi tempoh seminggu hingga dua minggu akan bermula Isnin ini.

Keadaan angin lemah itu mendorong cuaca aktif pada sebelah petang sekitar jam 2 atau 3 petang yang akan berlaku hujan dibeberapa kawasan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.