Categories
SELANGOR

DAP mohon ampun pada Sultan Selangor

SHAH ALAM 9 SEPT: DAP hari ini memohon ampun kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu menyebabkan Baginda Sultan berasa dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baru.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sentiasa setia dan mempertahankan Institusi Raja Berperlembagaan itu.

Sultan“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.