Categories
SELANGOR

Dedahkan individu dapat jutaan ringgit, Khalid alu-alu siasatan

SHAH ALAM 27 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mendedahkan senarai syarikat dan individu yang didakwa mendapat manfaat jutaan ringgit hasil rundingan penstrukturan industri air negeri.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sidang media berkata nama-nama penerima itu ada dalam tangannya.

“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah daripada rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya? Rakyat Selangor,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Kenyataan itu dibuat tidak lama selepas DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulas mengenai reputasi mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan parti politik.

Kerajaan Negeri dan Putrajaya pada 12 September lepas memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menerusi perjanjian utama itu, entiti baharu, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor),akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

Mengikut The Star, Anwar membidas peralihan yang dikatakan tidak telus, tidak melalui proses tender dan diswastakan.

Menjawab krtikan itu, Abdul Khalid mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya.

“Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor & perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,” katanya melalui twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published.