Categories
NASIONAL

Doa meleret kecam Mohamad Sabu, perwakilan PAS dituduh perguna agama

BATU PAHAT 19 SEPT: Perwakilan Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin membaca doa yang mengutuk golongan profesional dalam PAS, khususnya Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Berbuat demikian pada sesi perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60, beliau mengambil masa hampir 30 minit untuk membaca doa yang mengecam Mohamad Sabu kerana membuat kenyataan bertentangan dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga melabel dua Adun Selangor itu sebagai perosak parti kerana menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru dalam akuan bersumpah mereka.

Mereka ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin (Morib) yang diulang-ulang Azhari sebagai pengkhianat parti.

“Kita ada dua nilai, satu cap Hulu Kelang dan satu cap Morib. Mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa meleret-leret hingga ditegur Pengerusi Tetap muktamar itu, Abu Kassim Abdullah yang memintanya menamatkan ucapan.

Perbuatan yang dilihat sebagai menggunakan agama untuk mengecam individu seperjuangan itu menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke podium dan menuntut tindakan disiplin dikenakan.

Beliau meminta Abu Kassim membuat ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti dibenarkan dalam persidangan.

“Adakah ini sifat seorang Muslim?” kata perwakilan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.