Categories
NASIONAL

Geramm: Kekecohan media dan keluarga mangsa MH17 tak patut berlaku

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 SEPT: Gerakan Media Marah (Geramm) kesal insiden kekecohan melibatkan jurugambar akhbar New Straits Times, Aizuddin Saad dan keluarga mangsa nahas pesawat MH17 di Nirvana Memorial Centre Sungai Besi hari ini.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan Geramm berkata, meskipun suasana pilu menyelubungi Istiadat Penghormatan Jenzah, namun sebarang bentuk keganasan terhadap petugas media tidak sepatutnya dilakukan.

NST pukul“Walaupun memahami kesedihan dan penderitaan keluarga mangsa, Geramm merasakan adalah amat tidak patut bagi mana-mana pihak untuk melakukan sebarang bentuk keganasan ke atas pengamal media yang sedang bertugas,” petik kenyataan berkenaan.

Berdasarkan rakaman video dan gambar dari tempat kejadian, Aizuddin dilihat mengalami kecederaan di bahagian muka dan kerosakan pada kamera didakwa ditumbuk salah seorang anggota keluarga mangsa ketika membuat liputan ketibaan abu mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam

Dalam rakaman video kejadian, kelihatan seorang anggota keluarga mangsa meluru dan menumbuk muka Aizuddin yang berada bersama sekumpulan jurugambar bertugas.

“Perlu diakui bahawa liputan nahas MH17 (juga mana-mana liputan tragedi) amat menguji tahap profesionalisme pengamal media dalam menjaga sensitiviti keluarga terlibat.

“GERAMM dalam pada itu menyeru masyarakat supaya dapat saling memahami dan bekerjasama dengan pengamal media yang hanya menjalankan tugas mereka tanpa perlu menambah beban ditanggung oleh ahli keluarga mangsa,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.