Categories
SELANGOR

GP Joran tarikan pelancongan agro

Oleh: NAZLI IBRAHIM

MORIB, 15 SEPT: Kejohanan siri GP Joran Selangor yang menawarkan hadiah lumayan wang tunai dan kereta mampu menjadi satu lagi tarikan pengunjung khususnya kaki pancing.

Exco Pertanian Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, berikutan Kerajaan Negeri berpeluang memperkenalkan kawasan dijadikan lokasi pertandingan itu sebagai satu lagi kawasan menarik dikunjungi masyarakat dalam dan luar Selangor.

GP Pancing di Pantai Morib. YB Sallehin Mukhyin (1)“Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan merupakan antara yang menawarkan hadiah tinggi. Pertandingan ini bukan hanya di laut tetapi juga di sungai-sungai dan kita masuk kampung, keluar kampung.

“Pprogram meningkatkan lagi pelancongan agro di Selangor dengan memperkenalkan kawasan dikunjungi pemancing dan hari ini giliran Pantai Morib menjadi tuan rumah iaitu satu tempat yang menarik,” kata Sallehen dalam sidang media di Kejohanan Siri GP Selangor Pantai Morib 2014 di sini, semalam.

Siri GP Selangor tahun ini yang diadakan sebanyak lima pusingan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dan kereta bagi pemenang utama pertandingan.

Kejohanan Siri GP Selangor Pantai Morib 2014 yang disertai 704 pemancing dalam dan luar Selangor ini dimenangi perserta dari Pahang, Mohd Azuki Md Sharif dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan piala pusingan selepas berjaya menaikkan ikan sembilang seberat 2.96 kilogram.

Pemenang tempat kedua, Abdul Hamid Karim Karim pula membawa hadiah wang tunai RM6,000 dan piala pusingan dan tempat ketiga, Yanti Ismail yang membawa hadiah RM3,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.