Categories
SELANGOR

Isu MB: Beri kepercayaan kepada DYMM Sultan Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 SEPT: Semua pihak diminta memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru selain berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau dinasihatkan supaya memberi ruang kepada Tuanku Sultan dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ia akan mengelirukan rakyat .

Sultan“Kita dinasihati supaya memberi ruang dan usaha kepada DYMM Sultan melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.

“Pandangan saya kebijaksanaan dan kesabaran DYMM Sultan perlu diberi kepercayaan dan saya berharap perkara ini dapat selesai dengan baik dan mengutamakan kepentingan rakyat Selangor,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, hari ini.

Ketika ditanya siapakah yang mengarahkan beliau supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata ia adalah nasihat daripada pihak Istana, rakan-rakannya yang tidak berminat dengan politik serta ahli keluarga.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa majlis angkat sumpah oleh Menteri Besar Selangor baru pada Jumaat ini adalah spekulasi semata-mata dan tidak perlu dipercayai.

“Semua ini apa pun dilakukan ia mengikut beberapa proses tertentu dan kebiasaannya tradisi di Selangor ada jemputan bertulis dari istana untuk menjemput orang hadir bagi menyaksikan upacra itu.

“Tidak perlu buat spekulasi tentang perkara itu,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.