Categories
SELANGOR

Pakatan patut kukuh setiakawan & elak krisis terbuka

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 SEPT: Pakatan Rakyat (PR) patut bersikap positif berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor dengan berusaha mengukuhkan semangat setiakawan antara komponen parti.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata kemelut melanda PR hari ini seharusnya dijadikan pengajaran dan semua pihak harus berlapang dada terhadap apa jua keputusan bakal dicapai.

politik_selangorKatanya tumpuan seharusnya diberikan kepada rakyat yang mahu melihat pentadbiran negeri terus berjalan dengan baik dan amanah.

“Kita perlu lahirkan semula semangat setiakawan kerana kalau hendak ungkit, ia tidak akan selesai.

“Pandangan individu akan sentiasa berbeza antara satu sama lain termasuk dengan parti, tetapi kalau kemelut ini dapat dilihat dalam membina semangat setiakawan yang baru, saya kira itu cukup memberikan manfaat,” katanya kepada Selangor Kini.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor terus berlarutan apabila didakwa terdapat usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama Adun PKR dan satu nama Adun PAS bagi jawatan itu.

Tindakan itu dikatakan bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali sahaja.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.