Categories
NASIONAL

Laporan: MH17 berkecai di udara akibat objek ‘bertenaga tinggi’

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 SEPT: Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH 17 dilaporkan berkecai di udara akibat kerosakan struktur yang disebabkan objek berkuasa tinggi yang menembusi pesawat dari luar.

Demikian antara laporan awal dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda hari ini berhubung tragedi MH 17 yang didakwa ditembak di Timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

ReportLaporan itu turut menyebut tiada petunjuk menjurus kepada tindakan anak-anak kapal mahupun kesilapan teknikal menyebabkan kemalangan MH17.

“Pendengaran penuh terhadap komunikasi antara anak kapal dalam kokpit menunjukkan tiada masalah teknikal atau situasi kecemasan serta tiada bunyi amaran dikeluarkan.

MH17 3

“Perakam data penerbangan tidak mengandungi amaran sistem pesawat, parameter enjin pesawat juga konsisten dengan operasi normal semasa penerbangan.

MH17 report“Komunikasi radio dengan kawalan trafik udara Ukraine mengesahkan tiada panggilan kecemasan dibuat anak-anak kapal,” petik laporan itu.

Sementara itu, keadaan bangkai pesawat menunjukkan pesawat berkecai sewaktu di udara (in-flight break up) yang disebabkan kehilangan integriti struktur pesawat.

Lembaga Keselamatan Belanda berkata akan menyiasat secara lebih terperinci sebab kemalangan dan akan mengeluarkan laporan penuh pada 17 Julai tahun hadapan, iaitu tempoh setahun dari tarikh tragedi.

MH17 report1“Pihak lembaga percaya bukti-bukti tambahan akan ditemui dalam tempoh berkenaan,” kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra.

Laporan awal turut dihantar kepada wakil bertauliah negara yang mengambil bahagian dalam penyiasatan termasuk Malaysia, Ukraine, Russia, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Ikuti Laporan  MH17: b3923acad0ceprem-rapport-mh-17-en-interactief

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.