Categories
SELANGOR

MBPJ anjur Kejohanan Bot Kawalan Jauh meriahi Sambutan Merdeka

OLEH: Asri Sapfie

PETALING JAYA, 6 SEPT: Sempena menjelangnya Kejohanan PJ RCĀ  International Power Boat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan Kejohanan Bot Laju Mini terbuka khas kepada masyarakat setempat.

Kejohanan melibatkan 11 kategori berasingan dalam ‘drag’ dan ‘lap’ membabitkan penyertaan seramai 50 orang peserta terdiri daripada kelab-kelab bot mini sekitar Petaling Jaya.

RC BOAT aPengarah Jabatan Pembangunan dan Kemasyarakatan Petaling Jaya, Aznan Hassan, berkata ini merupakan kali pertama kejohanan bot laju mini dianjurkan MBPJ.

Katanya ia bertujuan bagi mendekatkan masyarakat kepada sukan baru selain memanfaatkan sepenuhnya fasiliti disediakan MBPJ.

“Ini merupakan satu kejayaan MBPJ mengembangkan sukan air dengan sambutan menggalakkan masyarakat,” kata beliau.

Kejohanan PJ RC EP Boat Merdeka Race 2014 (3)Menurut beliau lagi, kejohanan ini bakal dimasukkan dalam kalender Tourism Selangor sebagai salah satu aktiviti bakal menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negeri.

“Dalam perancangan akan datang kita buka lebih banyak penyertaan kepada negeri luar Selangor memandangkan sambutan yang kita terima setakat ini,” kata beliau.

Kejohanan yang berlangsung selama sehari bermula pada jam 9 pagi itu menawarkan hadiah berupa piala dan hadiah sumbangan daripada para penaja.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.