Categories
SELANGOR

MPSJ: Bersihkan premis, operasi mega akan dijalankan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 10 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi amaran keras kepada semua pengusaha premis termasuk premis makanan dan perniagaan supaya menjaga kebersihan mengikut standard yang ditetapkan.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid berkata ia ekoran kerana MPSJ akan mengadakan operasi besar-besaran di kawasan pentadbirannya dalam tempoh terdekat ini.

MPSJKatanya, dengan perkhabaran itu, semua premis mula menyelenggara dan meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

“MPSJ memandang serius perkara ini, semua pihak perlu mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.

“Selain dari syarat memasang perangkap gris, mereka juga perlu menyediakan tong sampah yang mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Lab Pengurusan Kesedaran Pengurusan dan Penjagaan Perangkap Sisa Gris, di Hotel Summit, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini, 30 premis makanan ditutup kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Katanya, daripada 1,400 premis yang diperiksa, sebanyak 10 peratus mendapat Gred A.

Manakala, Gred B sebanyak 60 peratus; Gred C sebanyak 28 peratus dan Gred D, dua peratus.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.