Categories
SELANGOR

MPSJ giat banteras denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 22 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) giat menjalankan gotong royong membanteras Aedes bagi memberi kesedaran masyarakat mengenai berbahaya wabak denggi.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid berkata, penganjuran program secara berterusan menyaksikan penyertaan pelbagai pihak dalam usaha pencegahan wabak berkenaan.

mpsj05“Kita mengadakan program di kawasan ini kerana ia adalah salah satu kawasan ‘hotspot’ wabak denggi di Puchong. Kita sentiasa membabitkan penyertaan jawatankuasa penduduk untuk penyediaan bahagian logistik.

“Kesedaran di kalangan orang ramai dan pihak berkaitan adalah tinggi dengan wajib kita banterasnya kerana ramai penduduk yang mengidap penyakit ini tidak terkecuali meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Gotong Royong Membanteras Aedes Bersama Selebriti Siri Empat di Pangsapuri Taman Mawar di sini semalam.

Abdullah berkata, MPSJ mengesan 52 kes berlaku di kawasan itu membabitkan kawasan penempatan rumah teres, pangsapuri dan selainnya sehingga September ini.

Di samping program seperti itu, katanya, MPSJ turut menjalankan kerja pemantauan, pemeriksaan dan semburan kabus hampir setiap hari di kawasan di dalam pentadbirannya.

Program gotong royong siri kelima MPSJ akan diadakan di Sri Puchong selepas ini.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.