Categories
SELANGOR

PAS: Teruskan kecemerlangan & tingkat kebajikan rakyat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 SEPT: Pas Selangor menyatakan kesediaan bersama seluruh ahlinya untuk meneruskan kecemerlangan Selangor dalam mempertingkatkan kebajikan rakyat bersama Menteri Besar yang baru.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut mengajak rakan-rakan parti supaya mengakhiri kemelut kerusi nombor satu di negeri itu sejak beberapa bulan lalu.

Grafik-Selangor-PakatanKatanya, PAS Selangor menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor apabila menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

“Pas Selangor bersama seluruh ahlinya menyatakan kesediaan untuk sama-sama membantu menteri besar meneruskan kecemerlangan Selangor serta meningkatkan kebajikan rakyatnya.

“Pas Selangor berharap dengan perlantikan ini maka berakhirnya episod krisis politik, yang telah menganggu pentadbiran negeri.

“Kepada rakan-rakan kita, mari kita akhiri krisis ini dan kita maju ke hadapan,” katanya dalam tulisannya di laman sosial.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas usaha dan jasa yang ditinggalkan kepada rakyat Selangor.

Selain itu, katanya, PAS merakamkam ucapkan setinggi tahniah kepada Adun Bukit Antrabangsa seterusnya berharap Azmin dapat melaksanakan tugas dengan baik.

“Semoga Selangor terus menjadi negeri berkebajikan yang di rahmati Allah sentiasa,” katanya.

Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa hari ini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam facebook, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.