Categories
SELANGOR

PAS Selangor serah Pusat kerjasama politik

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 MEI: Kerjasama antara PAS bersama DAP dan KEADILAN bergantung kepada PAS Pusat.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Samad, berkata hal itu kerana PAS Selangor tidak boleh membuat apa-apa keputusan.

“Keputusan ditangan PAS Pusat. PAS Selangor hanya boleh menyatakan pandangan.

PAS SELANGOR“Bagaimanapun, PAS Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh PAS Pusat yang akan mengambil kira situasi di negeri ,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata demikian bagi mengulas tentang pelawaan Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohd Azmin Ali agar PAS kembali bekerjasama dengan PKR dan KEADILAN.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata pihaknya masih bekerjasama dengan baik di peringkat kerajaan.

“Walau bagaimanapun bagi kami di Selangor, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih terus berjalan di dalam kerajaan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

PAS Selangor ke Sarawak bantu kempen PAS, KEADILAN

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 APR: PAS Selangor sudah mula menghantar petugas jentera pilihan raya ke Sarawak bagi membantu kempen parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Setiusaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata selain menumpukan di 11 kawasan bakal ditandingi PAS, pasukan jentera itu turut berkempen di kawasan ditandingi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

khairuddin othman“PAS Selangor dah ke Sarawak sejak beberapa bulan lalu dan pada masa ini kita hantar seramai 30 orang pada satu masa secara bergilir-gilir.

“Kita akan menambah jumlah anggota mengikut keperluan selepas Dewan Negeri Sarawak dibubarkan.

“Selain berkempen di kawasan ditandingi PAS, kami juga membantu di kawasan ditandingi rakan kita dari KEADILAN,” katanya kepada SelangorKini.

Jelasnya, antara mesej penting dibawa termasuklah pencapaian Kerajaan Selangor khususnya melibatkan usaha membantu rakyat dalam pelbagai program di bawah skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Selangor sendiri adalah model terbaik untuk rakyat Sarawak jadikan contoh bagaimana sebuah kerajaan bersungguh-sungguh bantu rakyatnya,” katanya lagi.

-nR-

Categories
SELANGOR

PAS Selangor ucap terima kasih kehadiran 7,000 jentera

SHAH ALAM 11 JAN : Jabatan Pilihanraya PAS Selangor mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli yang memberikan sokongan padu hadir ke Ijtimak Pilihanraya PAS Selangor yang berlangsung pada 10 Januari.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan, berkata
kehadiran melebihi 7,000 peserta membuktikan semua jentera pilihan raya PAS Selangor kini bersedia mendepani cabaran PRU14 nanti.

Himpunan jentera Pilihanraya PAS Selangor (ASRI) (8)“Visi Jabatan Pilihanraya PAS Selangor menempuhi PRU14 nanti adalah untuk mempertahan dan melebarkan kemenangan di 20 DUN yang ditandingi semasa PRU13 lalu,” kata Haslin dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata momentum kesatuan fikrah dan tindakan gerak kerja yang ditunjukkan itu perlu ditingkatkan ke tahap maksimum dengan menggabungkan pelbagai teknik dan kemahiran di kalangan ahli dan jentera.

“Kepada urusetia ijtimak, syabas dan tahniah di atas kejayaan penganjuran program. Jutaan terima kasih kepada semua. Tanpa anda, siapa kita.

“Terus bergerak dan bekerja seperti mana ikrar yang dilafaz, janji diucap, dan bai’ah diangkat demi untuk Islam,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

PAS Selangor konsisten bela rakyat

Oleh: AFIX RERDZUAN

SHAH ALAM, 3 DIS: PAS Selangor menyifatkan desakan kumpulan tertentu yang mahu mereka keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri sebenarnya cemburu dengan kejayaan parti itu dalam kerajaan.

Selaku Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata beliau gembira langkah Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang meluluskan peruntukan untuk membina dua Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) tahun hadapan.

yb iskandar 1“Alhamdulillah perjuangan PAS untuk melihat lebih banyak Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Selangor menjadi kenyataan.

“Terima kasih kepada MB yang umumkan pada ucapan Belanjawan pembinaan dua MITS di Pandan dan Bagan Lalang dengan peruntukan RM53 juta.

“Inilah di antara sebabnya kenapa PAS terus berada di dalam kerajaan,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya negeri berkata, PAS konsisten untuk terus memastikan Islam terbela serta menyuburkan dakwah dan bukan kerana jawatan atau wang ringgit.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak wakil PAS dalam Kerajaan Negeri digugurkan susulan pembentukan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Namun, usaha itu gagal susulan pendirian PAS yang terus komited melaksanakan dasar Kerajaan Negeri seperti yang dipersetujui dalam manifesto PRU-13.

EZY

70 parajurit negara dirai dalam Program Jejak Wira

70 parajurit tentera dan polis dirai Pas Selangor bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

PAS Selangor lancar Program Jejak Wira,hargai bekas parajurit

Khidmat dan jasa bekas parajurit negara terus dihargai melalui program Jejak Wira anjuran PAS Selangor.

PAS Selangor umum jawatankuasa baharu di tiga kawasan

Pas Selangor mengumumkan pengambil alihan dua jawatankuasa pentadbiran di kawasan Kota Raja,Shah Alam dan Kelana Jaya.

PAS Selangor: tiada risiko tumbang

Dengan kekuatan 100,000 ahli dan lebih 1,000 cawangan, PAS Selangor masih komponen yang kuat dalam perikatan Kerajaan Negeri.

PAS Selangor tidak mahu layan GHB

Persuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya tidak mahu mengheret rakyat Selangor ke dalam pertarungan falsafah terbuka antara PAS dan GHB.

Categories
NASIONAL

Pemuda PAS Selangor sokong SPRM

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 OGOS: Pemuda PAS Selangor hari ini menyerahkan memorandum sokongan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri dalam isu siasatan ke atas dana SRC International Sdn Bhd.

Memorandum diserahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim kepada Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, Azman Noha.

Katanya, penyerahan memorandum itu adalah simbolik dokongan PAS bersama SPRM.

IMG_8542“Kita minta supaya pegawai SPRM terus istiqamah untuk menjalankan siasatan bagi mencari kebenaran.

“Insya Allah, kebenaran pasti akan bertemu. Kita harap parti dan masyarakat dapat memberikan sokongan yang baik kepada SPRM.

“Saya nasihatkan rakan media supaya dapat bantu untuk menyebarkan berita yang tepat kerana sedikit sebanyak memudahkan SPRM menjalankan siasatan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu, Azman Noha, berkata SPRM menyambut baik sokongan yang diberikan PAS dan masyarakat.

“Alhamdulillah dapat sokongan Pemuda PAS dan ia akan menguatkan lagi azam kami untuk teruskan siasatan.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Pemuda PAS yang datang menyatakan sokongan mereka kepada kami terutama menghadapi saat yang agak mencabar ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PAS Selangor sifatkan muktamar di Kuala Selangor paling berjaya

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: PAS Selangor menyifatkan penganjurkan kali ini paling berjaya berikutan kejayaan menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor berlangsung.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, penganjuran kali ini turut mencatat kehadiran tetamu luar negara paling ramai termasuk daripada Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia, Turki, Arab Saudi dan beberapa negara Islam lain.

Muktamar“Ini kali ketiga Selangor jadi tuan rumah muktamar tetapi penganjuran kali pertama di Stadium Kuala Selangor inil terbesar.

“Kejayaan penganjuran ini memberi keyakinan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk menganjurkan program yang besar seperti ini di masa akan datang.

“Dia terkejut kita mampu anjurkan program sebesar ini dengan pengunjung kira-kira 10,000 orang termasuk 1,200 perwakilan,” Mohd Khairuddin ketika ditemui Selangor Kini di tapak muktamar tahunan ini diadakan.

Katanya, Muktamar sepanjang tiga hari ini memberi impak yang besar terhadap ekonomi kawasan ini terutama dalam segmen penginapan.

Beliau menambah, penganjuran yang berjaya menarik kira-kira lebih 10,000 pengunjung termasuk 1,200 orang perwakilan itu berjalan lancar tanpa sebarang inisiden tidak diingini berlaku.

“Diucapkan terima kasih kepada MDKS terutama kepada Yang DiPertua (YDP), kakitangan MDKS, petugas muktamar termasuk Unit Amal PAS sendiri.

“Tanpa mereka kita tak dapat anjurkan program ini,” kata Mohd Khairuddin lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Semangat perjuangan TGNA diteruskan pimpinan muda PAS

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat contoh pemimpin istiqomah apabila menghabiskan usianya untuk menegakkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, pimpinan dan akar umbi negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan pimpinan utama parti yang berjiwa besar itu.

nik aziz“Sebagai pimpinan muda, kita akan meneruskan perjuangan dan semangat Tuan Guru Nik Aziz untuk terus istiqomah dalam parti.

“Kehilangan ini amat dirasai seluruh ahli PAS khasnya dan seluruh negara amnya.

“Tidak dinafikan setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya, namun bagi kami perjuangan Allahyarham sentiasa segar dan akan diteruskan terutama generasi muda PAS,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

-NFN-