Categories
SELANGOR

Pelbagai aktiviti memeriahi Pesta Buku Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Hari pertama bekerja selepas cuti panjang hujung minggu lepas tidak menghalang orang ramai untuk terus mengunjungi Pesta Buku Selangor 2014.

Bertempat Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), orang ramai bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan malah mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain di bawah satu bumbung.

lukis aAntaranya, mereka boleh mendapatkan khidmat kartunis berbakat, Azhar Saad untuk melukis karikatur dengan harga istimewa.

“Orang ramai juga boleh dapatkan naskhah terbitan Kumpulan Kartunis Independen (KKI) berjudul ‘Showcase’ berharga RM10 di gerai kami.

“Perbelanjaan dan penjualan buku ini ditanggung oleh ahli-ahli KKI sendiri dan ia adalah terhad kepada 3, 000 cetakan sahaja,” katanya yang lebih dikenali sebagai Art Saad.

pesta buku selangor 1Selain Art Saad, ‘Showcase’ yang baru dilancarkan pada 30 Ogos lepas turut menampilkan kartunis lain seperti Zunar, Azmi Tahar, Megat, Jonos, Johnny Ong dan ramai lagi.

Pesta Buku Selangor 2014 mula berlangsung pada 29 Ogos lepas dan akan berakhir pada 8 September 2014, bermula jam 10 pagi hingga 9 malam pada hari biasa dan dilanjutkan hingga 10.30 malam pada hujung minggu.

Antara aktiviti menarik sepanjang pesta buku kali ini ialah majlis ramah mesra bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr Syeikh Muzaffar, majlis-majlis ilmu bersama Ustaz Haslin Bollywood & Ustaz Fauzi, Prof. Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal.

Untuk maklumat lanjut aktiviti, orang ramai boleh kunjungi laman web rasmi di www.pestabukuselangor.my atau hubungi Puan Norelmin di talian 03-55197685 sambungan 1313.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.