Categories
NASIONAL

Hentikan segera hubungan dagang Malaysia dengan Israel

SHAH ALAM, 2 SEPT : Badan-badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berani untuk menghentikan hubungan perdagangan dengan Israel.

Kelemahan dan sikap sering menunduk kepada barangan Israel dalam menghalang produk “Made In Israel” masuk ke negara ini adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima.

made israelBadan-badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian untuk menjelaskan  jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin.

Beliau berkata, adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin.

“Dimanakah bukti-bukti produk-produk ini diterima oleh Syarikat-Syarikat atau perusahaan-perusahaan milik rakyat Palestin atau beralamat di wilayah Palestin?

“Adakah Menteri juga merelakan setiap daripada rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada kematian rakyat Palestin selama ini?,” katanya.

Sehubungan itu, ia bukan sekadar mengenai produk tempatan dieksport ke Israel tetapi produk-produk eksport Israel ke Malaysia dan membantu membelinya melalui syarikat-syarikat MNC.

Katanya, syarikat diasaskan atau berpengkalan di Israel ini sudah pasti akan membawa balik setiap sen keuntungannya ke Israel.

“Menteri MITI sekadar memberikan jawapan umpama melepaskan batuk di tangga untuk mewajarkan tindakan Kabinet pada tahun 1996 yang memberikan kelulusan perdagangan dengan Israel,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.