Categories
NASIONAL

Pemuda PAS amal politik budiman, Ketua AMK tak sopan kepada Hadi

KOTA TINGGI 17 SEPT: Perwakilan PAS Terengganu mempersoal saranan mengenai kepentingan penerapan politik budiman di kalangan ahli parti sedangkan pemimpin pemuda parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak mengamal demikian.

Hishamuddin Abdul Karim bimbang hanya Pemuda PAS mengamal politik budiman sebaliknya Ketua Angkata Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad tidak sopan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kami bimbang PAS sahaja yang budiman tapi rakan lain tidak. Ini terbukti apabila betapa
budimannya ketua kita tetapi Ketua AMK langsung tidak berbudiman.

“Beliau tidak budiman ketika bertemu dan lontarkan kata-kata nista yang menguris perasaan Pemuda PAS,” katanya dipercayai merujuk kenyataan medianya yang mendedah butiran mesyuarat bersama Pemuda PAS.

Nik Nazmi sebelum ini melalui kenyataan media menyatakan Pemuda PAS menyampaikan hasrat Hadi mencadangkan Tan Sri Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi merungkai kemelut politik di Selangor.

Abdul Khalid kemudian mengucapkan terima kasih kepada Hadi dan menyatakan lantikan jawatan itu dalam bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amalan politik budiman dicadangkan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat pada ucapan dasar pada Muktamar Pemuda PAS ke-55 selama dua hari bermula semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.