Categories
NASIONAL

Perwakilan Sabah harap tiada lagi ‘print screen’ mesyuarat tersebar

Oleh Nazli Ibrahim

BATU PAHAT 19 SEPT: PAS Sabah berharap tiada mana-mana pihak dalam PAS yang  mengamal budaya ‘print screen’ dengan membocor intipati perbincangan antara pemimpin parti.

Perwakilan Sabah di Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 berkata, Dr Ali Akbar Gulasan berkata, tindakan itu bukan sahaja mengelirukan ahli, malah menimbulkan suasana tidak tenteram.

“Jangan lagi ada lagi budaya ‘print screen’ dan menyebar maklumat di facebook. Jangan lagi sesiapa walaupun kolumnis akhbar menyatakan pendirian terbuka. Kami harap pemimpin di atas menunjukkan adab terbaik,” katanya.

Beliau berkata, pendirian terbuka sesetengah pemimpin PAS menyebabkan kekeliruan terhadap ahli akar umbi.

Katanya, tiada parti dalam Pakatan Rakyat (PR) berhak mengarahkan parti lain tunduk kepada kehendak mereka kerana semuanya memiliki kedudukan sama tinggi antara satu sama lain.

“Dalam PR tiada siapa lebih tinggi. PAS sama dengan PKR, PKR sama dengan DAP. Ketiga-tiganya sama tinggi dan sama rendah,” katanya yang menyifatkan kecelaruan politik boleh dielak jika semua parti memahami konsep itu.

Saksikan siaran langsung melalui tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.