Categories
SELANGOR

PAS Selangor tolak dakwaan dipanggil mengadap Sultan

SHAH ALAM 9 SEPT: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menafikan beliau dipanggil menghadap DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, seperti yang didakwa.

Iskandar memaklumkan bahawa beliau tidak tahu-menahu tentang perkara itu.

YB Iskandar 2“Saya tak tahu pun yang saya kononnya akan angkat sumpah Jumaat ini.

“Saya tidak mengadap Tuanku Sultan hari ini seperti yang dilaporkan media. Esok pun takde dalam jadual. Lusa pun tidak,” kata Iskandar di laman Facebooknya.

Laporan portal berita melaporkan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil menghadap Sultan Selangor secara bergilir-gilir, dipercayai mengenai isu Menteri Besar Selangor.

Ini termasuk ADUN Sabak Sallehen dan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

IskandarMengulas lanjut, Iskandar berkata untuk masa dua hari ini beliau mahu memberikan tumpuan kepada anak beliau yang sedang menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Tumpuan saya hari ini dan esok adalah anak saya yang akan menduduki UPSR esok.

“Isu-isu lain diketepikan dulu,” katanya

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.