Categories
SELANGOR

Selangor dan Kerajaan Pusat muktamadkan perjanjian air

PUTRAJAYA 12 SEPT: Majlis meterai perjanjian induk pengambilan perkhidmatan air antara kerajaan Selangor dengan Kerajaan Pusat berlangsung di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, hari ini.

Majlis di pejabat kementerian itu di Putrajaya bakal menyaksikan syarikat baru, Newco Air Selangor Sdn Bhd ditubuh bagi menggantikan syarikat pemegang perjanjian konsesi air sebelum ini.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Aziz mengesahkan hal itu.

Pejabat Menteri Besar juga dijangka membuat kenyataa akhbar hari ini.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada 2 Ogos lalu menandatangani perjanjian dasar induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang di Selangor.

Ia bermakna kerajaan negeri akan berkuasa penuh ke atas ketiga-kiga syarikat konsesi yang bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)dan Konsortium Abbass Sdn Bhd (Abbas) bersetuju dengan tawaran manakala Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bakal diambil alih menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Leave a Reply

Your email address will not be published.