Categories
SELANGOR

Sultan Selangor perkenan senarai Exco, MB belum putuskan kuota Exco

SHAH ALAM, 25 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata komposisi Exco kekal dengan bilangan 10 Exco tetapi belum mengesahkan sama ada fomula 4-3-3 iaitu PAS (empat), PKR (tiga) dan DAP (tiga) kekal atau sebaliknya.

“Saya telah persembah nama untuk menjadi ahli MMKN kepada baginda Sultan.

“Tuanku memperkenan senarai nama yang diberi dan saya akan umumkan esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Mastika, Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, kebanyakan media tempatan melaporkan Azmin  akan mengekalkan kuota exco dengan formula 4-3-3 sebelum Pejabat Menteri Besar mengedar kenyataan media yang menyatakan ia rundingan masih dijalankan.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” kata Azmin di twitter sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.