Categories
NASIONAL

Anwar: “Teruskan perjuangan walau saya dipenjara”

SHAH ALAM 23 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu bangkit meneruskan perjuangan menentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) meskipun beliau dipenjarakan.

“Biarpun saya disumbat oleh Umno dan BN ke sel Kajang atau Sungai Buloh, namun rakyat wajib terus berjuang. Tentang habis habisan kerajaan zalim dan tidak adil yang sedang memerintah negara ini.

Anwar“Teruskan perjuangan bagi generasi dan anak cucu kita yang akan datang, supaya mereka juga tidak akan menjadi mangsa kezaliman kerajaan Umno dan BN,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Dewan Lip Seang Khor, Sungai Petani, malam tadi.

Lebih 2,000 hadirin yang memenuhi ruang dewan tersebut tetap tidak berganjak untuk mendengar amanat Anwar yang turut disertai oleh kepimpinan PR Kedah.
Beliau berkata BN beranggapan bahawa dengan memenjarakan beliau akan melemahkah perjuangan Pakatan Rakyat.

Katanya, perjuangan rakyat yang dipelopori Pakatan hampir kepada kejayaan dan ini amat merisaukan BN sehingga terpaksa memperalatkan sistem perundangan negara.

“Mereka guna semua alat yang ada termasuk Akta Hasutan bagi menyekat rakyat untuk mendapat pelbagai maklumat mengenai ketirisan, korup, curi tanah, curi wang rakyat yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan,” katanya.

Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, Ketua pembangkang negeri Kedah, Datuk Ir Amirruddin Hamzah dan pimpinan DAP Kedah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.