Categories
NASIONAL

Anwar tetap hadir sampai pidato di UM

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 27 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk tetap menghadiri majlis pidato anjuran Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) meskipun berkemungkinan berdepan halangan dari pihak universiti itu.

Ini kerana katanya beliau menerima jemputan rasmi daripada mahasiswa untuk menyampaikan pidatonya bertajuk ’40 Tahun Dari UM Ke Penjara, Signal Kebangkitan Mahasiswa’.

B07Gc9kCcAALwSh“Saya akan hadir malam ini pada pukul 9 malam di UM kerana saya dijemput badan mahasiswa untuk menyampaikan pidato, jadi saya akan beri penghormatan kepada mereka.

“Justeru sepatutnya tiada halangan untuk saya memasuki universiti,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Kawalan keselamatan di kampus UM dipertingkatkan menjelang ceramah Anwar di kampus itu malam ini.

Dalam kenyataannya, Pengarah Pejabat Keselamatan UM, Yusof Harun berkata hanya kenderaan yang mempunyai pelekat universiti dibenar memasuki kampus perdana itu.

Menurutnya lagi, langkah itu dilakukan atas arahan pengurusan universiti.

Ketegangan sedang memuncak di sekitar kampus universiti di Kuala Lumpur kerana pelajar cuba berkeras untuk meneruskan ceramah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.