Categories
NASIONAL

Anwar yakin bebas, mohon rakyat mendoakan

PUTRAJAYA 31 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan dibebaskan dari sabitan bersalah dalam kes Fitnah II yang sedang dihadapinya.

Beliau berkata begitu ketika berjumpa penyokongnya selepas selesai prosiding mahkamah pagi pada tadi.

10169342_10205382872310155_9000631768853637106_nBeliau dalam ucapan di hadapan kira-kira 300 penyokongnya itu turut meminta mendoakan beliau akan dibebaskan.

“Saya ucap terima kasih pada semua, perjalanan perbicaraan seperti biasa..pihak pendakwaan ulang balik cerita walaupun cercaan itu telah dibuktikan fitnah tetapi kita tetap terus akan sabar.

“Isnin kita akan sambung, insyallah selasa saya akan dibebaskan, doakan saya akan dibebaskan pada selasa,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Anwar juga sempat bertegur sapa dengan Imam Masjid Tuanku Mizan dan Mufti Pulau Pinang sejurus selepas solat Jumaat.

EZY

Gambar: Facebook Onn Abu Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published.