Categories
SELANGOR

MB: RM20 juta diluluskan, selesai isu sampah & jalan dalam 3 bulan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 28 OKT: Kerajaan Selangor bertekad masalah isu sampah dan kerosakan jalan di negeri itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi memastikan matlamat itu dicapai.

gambar jalan lopak (1)“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor dalam tiga bulan ini sampah mesti dibersihkan di seluruh kawasan PBT.

“Kita telah luluskan peruntukan tambahan dalam bulan ini sahaja, lebih RM20 juta kita luluskan untuk angkat sampah dan tutup semua lubang di kawasan kita termasuk lubang Umno-BN,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam program solidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan Himpunan Rakyat Hakim Negara di Stadium 3K, di sini malam tadi.

Jelas beliau, perkara ini perlu dilaksanakan seperti mana aspirasi rakyat kebanyakan yang mahu hak mereka sebagai pembayar cukai dan bukannya projek besar daripada kerajaan.

Sementara itu, dalam Perhimpunan Rakyat Hakim Negara malam tadi dianggarkan hampir 2,000 orang memenuhi Stadium 3K dalam keadaan padang yang becak selepas hujan sebelumnya.

Program itu membariskan penceramah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) lain seperti Anwar sendiri, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.