Categories
SELANGOR

Laluan air dibina kurangkan beban tanah Pangsapuri Teratai

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 OKT: Kerajaan Negeri akan melaksanakan langkah segera bagi mengurangkan beban tanah cerun bukit di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu diambil dengan mengadakan laluan air dan membina penghadang ‘sheet pile’ antara cerun Blok L dan K di Pangsapuri Teratai.

“Langkah segera mengurangkan beban tanah di cerun dgn mengadakan laluan air dan membina penghadang ‘sheet pile’ antara cerun dan Blok L dan K,” katanya dalam laman makro Twitter.

DSC_0098Mohamed Azmin berkata, kos untuk kerja penyelenggaraan itu dijangka menelan belanja RM500,000 dan ditanggung Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian dalam perjalanan ke Taman Bunga Raya bagi bertemu 172 keluarga yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh.

Semalam, Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan bantuan wang tunai RM300 kepada setiap keluarga mangsa tanah runtuh di Pangsapuri Teratai.

Kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Teratai, pada 20 Oktober lalu, dianggap terburuk setakat ini dengan penduduk di blok K dan L dipindahkan ke pusat penempatan sementara membabitkan tiga sekolah berhampiran.

DSC_0065Kali pertama kejadian hampir sama berlaku pada 2009.

Kekerapan hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan apabila satu kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku.

Tiga pusat pemindahan itu adalah Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan 2 serta Sekolah Menengah kebangsaan Taman Bunga Raya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.