Categories
SELANGOR

PKNS tak terima laporan salah laku dakwaan kes rasuah Mohamed Azmin

SHAH ALAM, 22 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak pernah menerima sebarang laporan membabitkan salah laku rasuah terhadap Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, dalam satu kenyataan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berhak membuat siasatan, bahkan PKNS bersedia memberi kerjasama.

Beliau berkata demikian bagi merujuk laporan media berkenaan dakwaan salah laku rasuah ketika Mohamed Azmin memegang jawatan sebagai anggota Perbadanan PKNS.

azminIshak berkata, PKNS adalah organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan juga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.

Baru-baru ini, beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana ketika memegang jawatan terbabit.

Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga membabitkan Projek Pembangunan PJ Sentral.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.