Categories
SELANGOR

MB: Bajet Negeri utama pembangunan beza Pusat lebihkan pengurusan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Belanjawan 2015 Selangor akan memfokuskan langkah mengurangkan belanja mengurus dengan meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah ini diambil berikutan pembangunan yang mampan bakal menjana pertumbuhan ekonomi rakyat terbanyak dengan berkesan.

PC MB Azmin di SUK (5)“Kita bentang belanjawan dengan memberi fokus untuk mengurangkan belanja mengurus dan meningkatkan belanja pembangunan kerana pembangunan dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan menjana pertumbuhan ekonomi rakyat Selangor tetapi perinciannya kita umumkan bulan depan,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Hal ini bertentangan dengan belanjawan tahunan dibentangkan Najib semalam yang terus memperuntukkan belanja pengurusan yang tinggi berbanding peruntukan pembangunan.

Belanja pengurusan diunjurkan sebanyak RM223.4 bilion (2014: RM217.7 bilion) berbanding untuk pembangunan, RM50.5 bilion (2014: RM46.5 bilion).

Ketika ditanya sama ada beliau akan membentangkan belanjawan berimbang, Mohamed Azmin membayangkan kemungkinan itu.

Bagaimanapun jelas beliau, Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian terperinci kedudukan kewangan dan keperluan pembangunan negeri itu.

“Kita akan lihat prestasi kewangan negeri yang cukup kuat dan meyakinkan tetapi pada masa sama dalam suasana ekonomi global kita juga melihat keperluan perbelanjaan dalam bentuk pembangunan bukannya elaun atau gaji sebab itulah langkah pertama yang saya ambil memotong elaun dan kenaikan gaji Menteri Besar,” kata Mohamed Azmin lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.