Categories
SELANGOR

MB: MBSA bina kolam RM350,000 atasi masalah banjir Seksyen 13

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 OKT: Masalah banjir kilat di Seksyen 13, di sini, akan diatasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui pembinaan kolam takungan yang mampu menampung aliran air menjadi lancar dan sempurna.

Kolam takungan bernilai RM350,000 itu dibina MBSA di kawasan berhampiran Kolej Universiti Pengurusan Sains (MSU), manakala sebuah lagi akan dinaik taraf iaitu berhampiran Stadium Shah Alam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, usaha berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mampu mengatasi masalah yang membebani penduduk di kawasan berkenaan dan sekitarnya.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (5)“Saya percaya usaha yang sudah dan akan diambil MBSA ini mampu mengatasi masalah banjir kilat yang melanda sekitar Seksyen 13.

“Ini kerana air akan disalurkan dahulu ke kolam takungan ini sebelum disalur keluar,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke kawasan berkenaan, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, peruntukan bagi pembinaan itu adalah melalui peruntukan sedia ada MBSA.

Katanya, melalui tinjauan dibuat itu didapati antara punca adalah kerana longkang monsun sekitar kawasan stadium itu perlu dilihat kembali kedudukannya kerana tidak mampu menampung aliran air apabila terlalu banyak.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)Beliau herkata, pembentungan di bawah jalan utama perlu diselenggarakan semula kerana didapati mengandungi bahan selut yang banyak dan menyekat aliran air.

“Bagaimanapun, kerja penyelenggaraan akan dilakukan secara biasa, yang mana bermula hari ini dan seterusnya supaya air dapat dialirkan sempurna. Maka, selepas itu penyaluran air akan dilihat lancar,” katanya.

Program turun padang hari ini dilakukan Mohamed Azmin berikutan aduan diterima daripada penduduk di kawasan berkenaan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tweet berhubung masalah berkenaan.

Turut serta dalam tinjauan itu adalah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.