Categories
SELANGOR

MDKL: Bayar kompaun RM10 sebelum 31 Okt

BANTING 28 OKT : Orang ramai yang masih mempunyai kompaun kesalahan tempat letak kereta MDKL dinasihatkan agar menjelaskan bayaran sebelum tempoh kempen berakhir pada 31 Oktober ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, bagi Januari hingga September 2013 sahaja, MDKL telah mengeluarkan sebanyak 28,001 notis kompaun dengan jumlah kutipan telah dibayar sebanyak 10,195 kompaun.

MDKLManakala bagi Januari hingga September 2014 pula, MDKL telah mengeluarkan sebanyak 31,288 notis kompaun dengan kutipan telah dibayar sebanyak 12,842 kompaun.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17,806 notis kompaun bagi Januari hingga September 2013 masih belum dijelaskan dan sejumlah 18,446 notis kompaun yang masih belum dijelaskan dari Januari hingga September 2014.

Manakala bagi Oktober 2013 sahaja, sejumlah 3,592 kompaun tempat letak kereta telah dikeluarkan dengan 1,148 kompaun telah dibayar dan bagi 1 Oktober hingga 24 Oktober 2014 pula, sebanyak 3,357 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah kompaun yang telah dibayar sebanyak 2,014 kompaun.

Menurut Mohd Azhar lagi, peluang ini hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang awam yang masih mempunyai kompaun tertunggak kerana tawaran pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta ini adalah yang termurah ditawarkan oleh MDKL berbanding kawasan lain pada kadar harga RM10.00 bagi setiap kompaun.

Beliau menambah, bagi mengatasi masalah pesalah tempat letak kereta yang ingkar menjelaskan kompaun, MDKL telah mendaftarkan dan mengambil tindakan mahkamah terhadap 127 kes di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kuala Langat) 2007 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tindakan selanjutnya dan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM300.00.

Sehubungan itu, pemilik kompaun bolehlah membuat bayaran di Kaunter Ibu Pejabat MDKL dan di Pejabat Penguatkuasa Telok Datok, sepanjang Oktober ini. Kaunter-kaunter ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang dan semakan juga boleh dibuat di www.mdkl.gov.my.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.