Categories
NASIONAL

Met Malaysia nafi keluar amaran puting beliung di KL & Putrajaya

SHAH ALAM 27 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu Alui Bahari berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam Whatsapp.

MET MAL“Ia maklumat palsu…hentikan penyebaran maklumat itu,” katanya dipetik Bernama.

Maklumat itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Okt, yang dijangka boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka berterusan sehingga awal hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, lewat malam tadi, keadaan yang sama dijangka berlaku di perairan Selat Melaka Utara sehingga awal pagi ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.