Categories
SELANGOR

Pengguna perlu bersama jimat air bantu hadapi peralihan musim

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan Negeri menasihatkan pengguna supaya mengambil berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran air.

Exco Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talip berkata hal itu bagi membolehkan simpanan air mentah di semua empangan dipertingkatkan.

Katanya, simpanan yang tinggi perlu bagi menghadapi musim kering ketika peralihan monsun yang dijangka bermula pada Januari hingga Mac tahun depan seterusnya monsun Barat Daya yang dijangka berlaku pada Mei hingga September 2015.

YB Zaidy Bin Abdul Talib“Setakat ini, melalui beberapa aktiviti yang dibuat oleh Kerajaan Negeri seperti pembenihan awan, pengepaman air kolam ke sungai dan mengambil kira faktor hujan turun akhir-akhir ini, takungan air di empangan berlaku peningkatan terutamanya di empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi.

“Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya tidak membazir dan mengambil langkah berjimat cermat bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Menurut data dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), setakat 7 Oktober lalu, empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air ke kawasan Lembah Klang kini mencapai peratus simpanan sebanyak 39.63 peratus.

Empangan Batu sebanyak 90.49 peratus, Klang Gates (92.66 peratus), Sungai Labu (60.33 peratus), Langat (61.71 peratus), Semenyih (64.24 peratus), Sungai Tinggi (44.54 peratus) dan Tasik Subang (57.87 peratus).

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.