Categories
SELANGOR

Gangguan air di Sepang, Hulu Langat, Petaling hari ini 9am-9pm

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Beberapa kawasan di tiga daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara hari ini mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Exco Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talip dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu berikutan pemasangan injap kupu-kupu bersaiz 1500mm di outlet Kolam Imbangan Semenyih oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pihak Abass juga sedang melakukan kerja-kerja membaiki kebocoran paip mentah bersaiz 2050mm berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Beliau berkata perhentian tugas itu juga dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui mesyuarat 2 Oktober lalu.

“Kerja-kerja itu diluluskan dan dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syabas dan Abass adalah sangat diperlukan bagi memastikan sistem agihan air dapat dioperasikan pada tahap dan keadaan yang teruk,” katanya.

Zaidy berkata pembekalan air melalui penghantaran lori tangki dan penempatan tangki septik akan dilakukan oleh Syabas bagi kawasan kritikal seperti Hospital dan Pusat Dialisis.

YB Zaidy Bin Abdul Talib“Pembekalan air juga akan diberikan oleh Syabas berdasarkan permintaan disebabkan majlis perkahwinan dan kematian.

“Syabas dan Abass serta semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Bagi daerah Petaling, gangguan itu membabitkan 46 kawasan dengan 55,622 akaun, manakala bagi Hulu Langat sebanyak 57 kawasan dengan membabitkan 37,872 akaun dan Sepang membabitkan seluruh wilayah itu dengan 11,376 akaun.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.