Categories
SELANGOR

Perangsang taja Piala DYTM Raja Muda Selangor, Piala Mokhtar Dahari cungkil bakat bolasepak

Oleh Amin Lin Abdullah

SHAH ALAM, 8 OKT: Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor yang telah dilancarkan di SK Raja Muda, Shah Alam bertujuan untuk mencungkil bakat muda di kalangan pelajar sekolah rendah di Selangor.

Perlawanan Sumbangsih Piala Raja Muda Selangor telah diadakan pada majlis pelancaran di SK Raja Muda di antara sekolah tuan rumah dengan SK Seksyen 24 Shah Alam, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor, Datuk Emran Kadir berkata, “Kejohanan ini merupakan buah fikiran DYMM Sultan Selangor bagi mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan pemain bola sepak muda. Suatu ketika dahulu, Mohd Fitri Shazwan Raduwan, yang kini merupakan salah seorang pemain pasukan bola sepak Selangor, pernah beraksi di pentas kejohanan ini”.

emran“Dewasa ini, pemain bola sepak dianggap sebagai profesion dan sumber pendapatan. Tidak mustahil bagi anak-anak muda yang bermain di kejohanan ini untuk muncul sebagai salah seorang bintang bola sepak Malaysia suatu masa nanti”, tambah Emran.

Majlis perasmian dan penyerahan cek tajaan bernilai RM80,000 telah disampaikan oleh Mohd Fauzi Mohd Ghazali, Pengurus Kanan Tanggungjawab Sosial Korporat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor).

charity (2)

fauzi2“Perangsang Selangor amat berbesar hati untuk menyampaikan tajaan ini sebagai salah satu sokongan dan komitmen tanggungjawab sosial korporat di bawah program Rangsangan Sukan Selangor (RSS). Selain daripada tajaan kejohanan bola sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor bawah 12 tahun, Perangsang Selangor juga akan menyumbang sebanyak RM120,000 bagi penganjuran Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun ke bawah di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya” jelas Fauzi.

Fauzi akan menganjurkan Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor melibatkan 558 orang pelajar daripada 31 buah sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Petaling Perdana.

Pasukan yang akan bertanding terbahagi kepada 8 kumpulan dan perlawanan bola sepak akan diadakan secara liga bermula 10 Oktober 2014. Perlawanan akan diadakan di 8 buah
sekolah iaitu, SK Bandar Anggerik, SK Raja Muda (Integrasi), SJK (T) Simpang Renggam, SK Seksyen 9, SK Seksyen 7, SK Hicom, SK Seksyen 19, dan SK Seksyen 27 (1).Perlawanan akhir akan diadakan pada 30 Oktober 2014 bertempat di Padang SUK, Shah Alam.

Bagi 8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir, setiap pemain akan menerima jersi tajaan Perangsang Selangor. Hadiah wang tunai bernilai RM3,000 menanti johan
di perlawanan akhir, RM2,000 bagi naib johan, RM1,500 bagi tempat ke-3 dan RM1,000 bagi tempat ke-4.

SK Raja Muda (Integrasi) telah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan johan tahun lepas, SK Seksyen 24, dengan keputusan 2-0.

sk muda (2)

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.