Categories
NASIONAL

Isi rumah bayar RM1,800 selepas GST dilaksanakan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 15 OKT: Setiap seorang daripada rakyat di negara ini perlu membayar sekurang-kurangnya RM270 setahun apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan kerajaan Barisan Nasional (BN), pada 1 April 2015.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, ia menyebabkan purata isi rumah perlu membayar kira-kira RM1800 setahun kepada kerajaan dan pastinya memberi tekanan besar kepada rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, jumlah bayaran cukai itu juga, sekali gus melebihi jumlah yang diterima setiap isi rumah melalui peruntukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada tahun hadapan.

GST Grafik Baru“Rakyat paling bimbang terutama golongan berpendapatan rendah yang menguasai kira-kira 70 peratus populasi di negara ini kerana walaupun bantuan tunai BR1M naik, tetapi mereka perlu bayar untuk GST.

“Kalau dapat tambahan RM300 daripada BR1M, ia hanya betul-betul cukup kalau seseorang itu ‘kedekut’ dalam mengurus wang, tetapi kebanyakannya kena keluarkan duit lebih,” katanya pada Forum Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) di Hotel Empire, dekat sini, malam tadi.

Beliau turut menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa GST hanya meraih ‘keuntungan’ kecil pada kadar RM690 juta apabila ia dilaksanakan kelak.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan pusat mampu meraih sekurang-kurangnya RM8.5 bilion sebagai keuntungan bersih melalui GST.

“Jika keuntungan daripada GST adalah RM8.5 bilion dan dibahagikan kepada 30 juta rakyat di negara ini, maka dianggarkan setiap orang perlu bayar RM270 tambahan untuk GST,” katanya.

wong chan - tarif eletrik 02Kerajaan akan memperkenalkan GST sebanyak enam peratus pada April 2015 sebagai cara lebih cekap mengutip cukai dan mengisi dana awam.

Putrajaya mendakwa walaupun ia menjangkakan mengumpul RM23.2 bilion hasil kasar, namun keuntungan bersih sebenar hanya RM690 juta.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun mempersoalkan angka itu dengan menyatakan kerajaan bakal mengutip untung bersih RM8.5 bilion.

Pada masa ini, hanya 18 peratus daripada penduduk negara ini membayar cukai pendapatan, manakala lebih separuh daripada tujuh juta isi rumah mendapat kurang daripada RM4,000 sebulan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.